3.12.2012

SCOUT 70 <3 
Orientasi Pengakap 2012 best . Dapat last call pergi lapor diri pukul 9 malam . Macam vip je masuk dewan belake pandang . Disebabkan malam takde aktiviti dah . Cuma dan belajar sejarah pengakap sekejap then main tepuk - tepuk , rujuk cerai blablabla . Pergi makan malam , dapat masuk patrol 4 then masuk tidur dalam kelas 4 usaha . 

first night at camp . Night world :)

Okay , kena bangun pukul 5.40 . Ingatkan kejut macam mana ni kelana pergi pasang siren mcm ambulans tu . Ya Allah , bingitnya rasa . Sumpah sakit telinga . Rasa mcm nak tumbuk je kelana yang buat tu . Haih bulat terus mata . Dah lah tak tidur lena lepas tu bangun mengejut mcm tu . Siapa tak bengang kan ? *hempuk kelana dgn batu* Masuk bilik air gosok gigi , basuh muka , lap muka , tukar baju . Pergi kantin sambung tidur jap sementara tunggu orang lain siapa solat subuh . Kayyy makan pagi dengan mata yg mengantuk nya . Pff -.-''

Then kelana - kelana suruh berlari segarkan badan . Haha berpeluh badan saya walaupun sekejap je lari . Then main game gajah and blablabla . Menyeronokkan :D Lepas tu kawad dari pukul 8 - 9 . Saya ni dah lah tak reti kawad tetiba suruh kawad memang mcm kambing masuk kandang lembu tak tahu benda - benda . Nasib baik bukan saya sorang je tak reti , ada lagi . Haa mula mula malu jugak then lama - lama dah pandai okay dah .Here is the story , ada lah tetiba mamat sorang ni datang naik motor pakai baju kelabu . Eh eh eh dlm hati ni comelnya mamat ni . Hahaha nak melompat tapi malu lah sebab nanti tetiba org pandang semcam je . 

Then habis kawad . Yayyyyyyyy happy nye rasa . Lepas tu tak ingat dah benda berlaku . Pukul 1 solat zohor , aku pergi tidur dalam kelas sampai pukul 2 . Leganya dapat lelapkan mata  :D indahnya rasa . Hahaha mimie cakap saya berdengkur . Alaa adatlah tu bro , penat sangatkan . Hahaha lepas bangun terus siap - siap pergi kantin main ikat - ikat  tali . Haa mengantuknyaa . Jln pun tak berapa betul . Dah lah sumbat sorang dlm patrol tu  , dengan tali tak bawaknya . Pfff -.- *nak balik je rasa* Tengah ikat tali tu kan abang handsome tu kan datang kan kat patrol saya kan . Saya kan macam ohmygodddddddd . Abg handsome datang sini lah . *bela tudung , bela baju , cover ayu jap* hahaha serious mcm bangang . Dia tanya boleh ikat tak tali tu ? Hee suara dia comel sangat <3 Hilang terus mengantuk . Semangat belajar :D haha 

Ketiduran lepas kawad + lari - lari + main game . Zzzz ~

Next aktiviti , kena ikut tali sambil tutup mata . Arghhhh sungai talam lah sangat -.- padahal belakang sekolah je . Ada ke suruh aku merangkak , meniarap lah . Kena simpah dengan air , daun . Yang best sekali meniarap atas batu dengan lumpur . Masuk dalam tangki air lah . Sampai luka - luka tangan saya ni haa . Sedihh ~ habis berjeruk baju , kasut , stokin . Dah lah tak bawak spare , malam tu kena pakai uniform lengkap . Seronoknya pakai kasut basah ~ Malam kebudayaan tu tak nak cerita . Patrol 4 best sekali . Hahah before go to bed , abg handsome tu cakap . Heee telinga ni bukak luas - luas semata - mata nak dengar suara dia yang merdu . *merdu ? bluekk* kay suara yang comel je lah . Jgn over sangat .


With mimie and ayu kesayangan lepas kena sembur dengan air + lumpur . Jyeahh

Malam kebudayaan . Blablabla kena nyanyi tapi tak nyanyi pun . Sebek atas stage :D

Last orientasi dayyy , alhamdullilah boleh balik rumah tidur atas tilam yang lembut sorang sorang takpe kena share . Yayy tak sabar nak balik ke zaman moden . But this last day jugak lah hari terakhir dapat tengok dia :'( hurmm sedih nya . Hari ni dia banyak cakap . Pagi - pagi bangun nampak dia pakai sweater hitam . Muka baru bangun tidur . Comel sangat . Sumpah comel . Mata ni tak terlepas dari pandang dia je . Hahah kena kawad semua patrol . Dia duduk depan kat medan ilmu . Macam biasa lah , asyik pandang dia je . Then hujan main game kat kantin . Hmm redha -.- lepas tu ada gotong royong . Cikgu suruh budak perempuan menyapu kantin . I am like what the hell -.- menyapu kantin ? Weyy kantin tu nanti org pijak guna kasut jugak pehal nak menyapu . Haih cikgu ni kan saje je nak penatkan saya . @#$%! <-- tak puas hati . Anyway sapu sapu sapu tetiba abg tu mintak penyapu dengan saya . Arghhhhh comelnya . Hahahah gila lah saya ni .


Muka happy dapat balik rumah . Yeahhhh . Tak sabar :)
Habis gotong - royong main game credit card . Err -.-' nasib baik kelana tak pilih kertas saya kalau tak saje je saya tempah malu kena jalan itik . Memang tak ahh . Pukul 12 habis . Bapok lah awalnya dia balik . Dan sekejap je tengok . Natang betul ahh . Balik rumah pergi dapur cari makanan tapi mama cakap nasi tak masak lagi , lagi 15 mins masak ahh . Masuk bilik on lappy bukak fb *internet slow mcm cheetah* fed up tertidur . Pukul 5 mama kejut . Then tidur tidur tidur . Hari isnin bukak fb search fb abg tu akhirnyaa jumpa jugak . Yayyyyyyy add lah dia :) tunggu dia approve je . Hee ~ anyway .


Tak berapa jelas kan ? Saje je nak tunjuk urat kaki bengkak . Timbul urat tu mcm kaki orang tua . Kena sapu ubat panas . Nak jalan pun sakit . Hmm but don't care sebab berbaloi . Next time nak pergi lagi :)


Orientasi Pengakap memang happening :) 
Missing abg baju kelabu :)


>