Kalaulah awak tahu betapa peritnya saya untuk lupakan awak............setiap hari saya bangun tidur saya akan cek fon dan berharap akan ada mesej dari awak walaupun saya tahu semua tu takkan pernah berlaku . Takkan pernah dapat text dapat awak . Tp saya bodoh , saya tetap tunggu . Sebulan enam belas hari saya ambil masa untuk lupakan awak tp bila sekolah start semula saya terserempak dengan awak and perasaan tu datang semula . Macam mana saya boleh lupakan awak kalau setiap hari saya pergi sekolah saya nampak awak ! Bagitahu saya macam mana . Saya cuba sukakan orang lain tapi tak sama macam awak . Awak tahu tak , saya tak pernah terfikir that you were gonna become this important in my life .
Orang cakap aku bodoh sebab berharapkan kau . Ikutlah orang nak cakap aku bodoh ke bangang sebab dia orang tak berada kat tempat aku sekarang . Dia orang tak rasa kena tinggal dengan orang yg kita sayang tu macam mana . Dia orang tak rasa macam mana perit hati ni . Cakap senang lah , cuba kau buat . Setakat cakap aku pun boleh tp nak buat ? *krik krik* susah okay susah . Bila kita hari hari cakap dengan dia , dengar gelak ketawa dia , dengar cerita dia , senyuman dia........... bukan senang nak lupa . Lagu ' kotak hati ' dia bagi kat aku . Setiap kali dengar mesti teringat kat dia . Lepas tu lagu semua tentang kita - peterpan . Perfume awak......... ingat tak saya curi songkok awak ? Songkok tu bau awak . Saya selalu bau songkok tu bila teringatkan awak . Teddy gajah tu saya peluk bila rindukan awak . Bila rindu suara awak , bila rindu nak dengar awak cakap iloveyou saya dengar vn awak . Gambar awak , gambar kita , mesej kita semua saya tak delete . Saya tak sanggup .
Bila dengar ada orang lain suka awak , hati saya panas . Nak terbakar je rasa tp saya tak boleh buat pape sebab awak bukan saya punya . Awak berhak germbira . Setiap hati saya akan bukak whatsapp status awak . 'SN' my name :) Tp hari yg sama saya tahu pasal perempuan tu hari yang sama awak tukar status . Idk what has got into me but that night I just can't stand it anymore . Saya dah tak mampu nak pendam lagi . Sekali lagi mengalir airmata saya kerana awak . Mungkin saya dah tak mampu nak simpan dalam hati saya , cara ni je yg dapat legakan saya . Malam yg saya menangis ni awak tanya saya kenapa saya menangis ? Kau tahu tak aku menangis sebab kau ! Sebab kau kau kau , sebab aku masih sayang dekat kau ! Aku masih menunggukan kau datang semula dalam life aku , sebab kau masih ada dalam hati aku . Teringin aku nak cakap gini kat dia tp aku tak mampu . Awak paksa saya suruh bagitahu kenapa tp takkan la saya nak bagitahu kan ? Nampak sangatlah yg aku tak move on lagi .
Sejak hari tu , aku cuba lupakan kau . Aku cuba mengelak daripada berjumpa dengan kau , aku lari bila orang sebut nama kau tp apakan daya...... kita sama sekolah . Sekolah panglima tu takdelah besar mana kan . Tak mustahil aku akan terserempak dengan kau . Setiap kali aku jumpa kau , muka aku masam sebab aku nak kau benci aku . Mungkin dengan cara ni aku boleh lupakan dia , terima kenyataan yg dia tak mungkin akan jadi milik aku semula .
Aku kena belajar terima kenyataan yg kau tak akan mungkin jadi milik aku semula . Aku bahagia tengok kau tersenyum tp aku tak pasti aku bahagia lihat kau tersenyum sebab kan orang lain . Tp aku kena belajar terima kenyataan . Aku tak sekuat yg kau sangka . Aku perempuan , airmata tu memang kawan seorang perempuan . Perasaan aku untuk kau tak sepatutnya ada lagi . Sepatutnya dah lama hilang .
Aku akan cuba sedaya upaya untuk lupakan kau . Lepaskan perasaan ni . Semoga kau bahagia dengan orang lain :) Maafkan salah silap aku terhahap kau .